Bengkel Penggubalan Pelan Integriti LPPSA
Bengkel Penggubalan Pelan Integriti LPPSA telah diadakan pada 6-8 April 2018 (Jumaat sehingga Ahad) bertempat di The Everly Hotel Putrajaya. Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah seperti berikut:
- Mengenalpasti masalah dan isu integriti yang boleh menyebabkan pelaksanaan visi dan misi LPPSA atau penyampaian perkhidmatan yang kurang berkesan dan boleh menjejas reputasi LPPSA;
- Mengumpul masalah dan isu yang telah dikenalpasti;
- Menyusun mengikut keutamaan bagi tujuan menyediakan pelan tindakan untuk mengatasi kelemahan;
- Menggubal draf Pelan Integriti LPPSA; dan
- Membentang kepada fasilitator untuk ulasan.