Program Kesedaran Kepentingan Audit Dalam dan Integriti
Program Kesedaran Kepentingan Audit Dalam dan Integriti telah diadakan pada bulan April dan Mei 2018. Antara objektif penganjuran adalah seperti berikut:
- Memberikan informasi dan pengetahuan mengenai integriti, tadbir urus terbaik dan sikap kebertanggungjawaban terhadap pematuhan integriti di LPPSA;
- Memahami fungsi/peranan dan pendekatan Jabatan Integriti dan Jabatan Audit Dalaman di LPPSA.
- Menyampaikan kesedaran dan memupuk budaya integriti di LPPSA;
- Memupuk pemahaman tentang kepentingan dan hubung kait antara Jabatan Integriti dengan Jabatan Audit Dalaman di LPPSA.
Program kesedaran Kepentingan Audit Dalaman dan Integriti ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan LPPSA bagi memberi kesedaran tentang tanggungjawab pegawai/kakitangan LPPSA menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan integriti yang tinggi serta menjadikan integriti sebagai amalan dan budaya di tempat kerja