Sambutan Hari Integriti LPPSA 2018
Sambutan Hari Integriti LPPSA 2018 telah diadakan pada 22/11/2018 (Khamis) bertempat di Main Auditorium, Kementerian Kewangan. Objektif Sambutan Hari Integriti LPPSA 2018 adalah seperti berikut:
- Memantapkan integriti dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman berkaitan isu-isu integriti dalam kalangan warga LPPSA;
- Menyebarluaskan mesej-mesej integriti dan kepentingan integriti dalam penyampaian perkhidmatan; dan
- Mewujudkan budaya kerja berintegriti di LPPSA