Kunjung Hormat ke Pejabat Ketua Unit Integriti, Kementerian Kewangan (MOF)
Jabatan Integriti LPPSA telah mengadakan satu lawatan kunjung hormat ke Pejabat Ketua Unit Integriti Kementerian Kewangan pada 12/4/2019 (Jumaat) jam 9.30 pagi. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan arahan pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) di setiap agensi di bawah Kementerian Kewangan. Selain itu juga, tujuan lawatan tersebut adalah untuk bertukar pandangan dan berkongsi pendapat mengenai program pengukuhan integriti di Kementerian Kewangan dan LPPSA. Sesi lawatan berakhir tepat jam 11.00 pagi dengan pertukaran cenderamata antara Ketua Jabatan Integriti LPPSA; Puan Jamilah Hanafi dengan Ketua Unit Integriti MOF; Dato’ Zainul bin Darus.