Bagaimana Kartel Projek Tender Kerajaan Beroperasi

Membolot kebanyakan projek kerajaan dengan berjaya memasuki tender atau sebut harga ,di seluruh negara yang dianggarkan bernilai sehingga RM3.8 Bilion, dengan operasi bermula sejak tahun 2014 lagi. Ini adalah realiti cara mengumpul kekayaan luar biasa secara haram yang berlaku di Malaysia, dan pada 5 April 2021 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya memberkas ketua sindiket ‘kartel projek tender’ yang bergelar Datuk bersama 6 lagi individu lain. Kemewahan yang ditunjukkan oleh Datuk yang merupakan ketua sindiket ini sangat luar biasa. Selain dari memiliki nilai hartanah dan wang tunai jutaan ringgit, suspek memiliki beberapa kereta mewah, sebuah kapal mewah dan dua buah helikopter. Dalam video kali ini kita akan melihat lebih lanjut tentang ‘kartel tender projek’ haram yang berjaya ditumpaskan di Malaysia.

Credit video: APHD Channel