ANUGERAH & PENCAPAIAN

MAJLIS SIRIM INDUSTRI 2022

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah dijemput untuk menghadiri Majlis SIRIM Industri 2022 pada 1 Disember 2022 bertempat di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis SIRIM Industri (MSI) merupakan majlis yang diadakan bagi meraikan organisasi yang telah mendapat pensijilan daripada SIRIM QAS yang terdiri daripada pemain industri & agensi kerajaan dari Januari 2020 hingga Disember 2021.

Pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Operasi, Staf Seksyen BCM dan Pasukan Audit BCMS LPPSA telah mewakili LPPSA bagi menerima sijil penghargaan bagi kejayaan LPPSA memperolehi pensijilan ISO22301: Business Continuity Management System (BCMS) yang diterima pada bulan September 2022 daripada SIRIM QAS.


LPPSA menerima Anugerah Korporat oleh "The Institute Of Internal Auditors Malaysia". Anugerah yang diterima merupakan pengiktirafan kepada LPPSA dalam menunjukkan komitmen yang kuat terhadap Pembangunan Profesional Berterusan.

LPPSA menerima anugerah tempat ketiga untuk “The Risk Management Team of the Year Award” yang diberikan oleh Persatuan Pengurusan Risiko dan Insurans Malaysia (MARIM). Anugerah ini mengiktiraf peranan instrumental yang dimainkan oleh pasukan pengurusan risiko dalam menghasilkan strategi pengurusan risiko yang luas untuk mencapai objektifnya dan mewujudkan nilai tambah kepada organisasi.

LPPSA menerima anugerah “Exellence in Implementation” oleh Tricor Roots Consulting Sdn Bhd dalam usaha untuk terus memberikan amalan berkesan bagi urus tadbir risiko.