VISI & MISI

VISI

Menjadi sebuah agensi pembiaya perumahan sektor awam yang cemerlang dan mampan

MISI

Mencapai kecemerlangan dengan mengamalkan dasar, prosedur, budaya kerja dan pematuhan yang terbaik, pada masa yang sama meningkatkan prestasi melalui inovasi berterusan


OBJEKTIF

Mewujudkan dasar, garis panduan dan peningkatan menerusi Core-Business-Chain (CBC) dengan menggunakan ICT sebagai penggerak untuk memastikan kecekapan.
– Menyediakan pengurusan pembiayaan yang cekap dan masa memenuhi Piagam Pelanggan
– Kemampanan kewangan melalui kutipan yang cekap, pembiayaan yang mencukupi dan pengurusan kewangan yang berhemat.


NILAI TERAS

Kecemerlangan Prestasi

Menunjukkan inovasi dan kreativiti, menyesuaikan diri dengan mudah dengan perubahan untuk menghasilkan keputusan yang berkualiti melebihi standard yang ditetapkan

Kerja Berpasukan

Mewujudkan persekitaran kerja yang erat bagi memastikan matlamat dan sasaran organisasi dapat dicapai secara keseluruhannya.

Integriti

Meraih kepercayaan dan rasa hormat melalui sikap jujur yang konsisten dan profesionalisme dalam semua interaksi; menepati janji dan komitmen yang dibuat. Melakukan perkara yang betul, walaupun dalam keadaan yang sukar dan tidak berat sebelah atau memanipulasi orang lain.

Fokus Pelanggan

Memahami dan menjangkakan keperluan dan kehendak pelanggan bagi menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang melebihi jangkaan pelanggan; menjadikan pelanggan dan keperluan mereka sebagai fokus utama dalam sebarang tindakan yang diambil serta mengekalkan hubungan pelanggan yang baik.

Kualiti

Menunjukkan inisiatif, ketabahan dan juga komitmen untuk menyelesaikan tugas walaupun menghadapi halangan; bertanggungjawab ke atas prestasi, keputusan dan tindakan yang diambil.