Soalan Lazim

Dalam pembentangan Bajet 2025 oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Oktober 2024, melalui Ikhtiar 60: Kesejahteraan penjawat awam, LPPSA akan memberi peluang kepada pelanggan LPPSA yang berumur 30 tahun dan ke bawah untuk memiliki hartanah untuk tempoh pembiayaan yang lebih panjang sehingga maksimum 40 tahun. Kemudahan in akan berkuatkuasa pada 1 April 2025.

Kemudahan ini ditawarkan bagi memberi peluang kepada kakitangan sektor awam yang berumur 30 tahun dan ke bawah untuk memiliki hartanah yang lebih selesa dengan bayaran balik pembiayaan yang lebih rendah untuk tempoh pembiayaan yang lebih panjang sehingga maksimum 40 tahun.
Pelaksanaan kemudahan pembiayaan ini tertakluk kepada perkara seperti berikut::

A. Memenuhi kelayakan sebagai pemohon.
i. Penjawat sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA;
ii. Berumur 30 tahun dan ke bawah ketika permohonan dibuat;
iii. Tempoh pembiayaan mengikut skim perkhidmatan berikut:

• Skim Berpencen:
Tidak melebihi 40 tahun (480 bulan) atau umur 90 tahun yang mana terdahulu.

• Skim KWSP:
Tidak melebihi 40 tahun (480 bulan) atau terhad kepada umur tamat perkhidmatan yang mana terdahulu.
Skim Pembiayaan Perumahan Muda ini adalah bercirikan perkara-perkara berikut:

SPPM
Syarat Asas Pemohon
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Orang yang layak mengikut definisi LPPSA dan mestilah :
    1. Pegawai tetap yang sedang berkhidmat; dan
    2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan telah disahkan dalam jawatan.
    3. Bukan seorang yang bankrup/ siberhutang hukuman/seorang yang tidak berkemampuan kewangan/ sedang diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja.
Jumlah Pembiayaan Sehingga RM750,000.00 (maksimum)
* Tertakluk kepada perubahan
Margin Pembiayaan 100 peratus
Skop Pembiayaan
    • Harga Hartanah
    • Perlindungan MRTA/MRTT
    • Perlindungan LTHO
Tempoh pembiayaan Pembiayaan Kali Pertama
Maksimum 40 tahun atau sehingga umur 90 tahun, mana yang terdahulu
Jenis Pembiayaan Jenis 1 : Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap.
Jenis 2 : Membina Rumah Atas Tanah Sendiri.
Jenis 3 : Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan.
Jenis 5 : (Rumah) Menyelesaikan Hutang Pinjaman Bank/Institusi Kewangan.
Kadar Faedah 4 peratus
(Pengiraan pada kadar baki berkurangan)
Perlindungan MRTA/MRTT Wajib
Perlindungan LTHO Wajib
Penilaian Hartanah Jabatan Perkhidmatan dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Cagaran Gadaian Pertama
Bayaran Balik Potongan gaji atau pencen
Proses permohonan bagi Skim Pembiayaan Perumahan Muda (SPPM) adalah sama seperti proses permohonan pembiayaan perumahan LPPSA yang sedia ada. Sila rujuk pada Carta Alir Proses Pembiayaan di pautan: https://myfinancing.lppsa.gov.my/my/proses-pembiayaan

* Tertakluk kepada perubahan