LPPSA hanya akan memulangkan semula geran dan lebihan baki kredit (jika ada) setelah pihak waris/balu menyerahkan salah satu salinan dokumen berikut:
1. Surat Perintah Pembahagi Harta, Ordinance (Pembahagian) Harta Pesaka Kecil,1985 yang lengkap dengan pembahagian Harta Alih dan Harta Tak Alih sekiranya harta bernilai kurang dari RM 2,000,000; atau
2. Surat perintah Mahkamah bagi asset harta bernilai kurang atau lebih RM 2,000,000; atau
3. Surat Kuasa Pentadbiran (Letter Of Administration) yang dikeluarkan oleh pegawai Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi; atau
4. Surat Kuasa (Grant of Probate) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.
Pemilik sebenar adalah tertakluk sepertimana yang tertulis dalam salah satu dokumen yang dinyatakan di atas.
Bagi urusan pemulangan baki kredit, waris perlu melengkapkan Borang Tuntutan Lebihan Pinjaman. Borang ini boleh dimuat turun dari
>> Sini