PENGURUSAN RISIKO
LPPSA percaya bahawa amalan pengurusan risiko yang efektif merupakan satu bahagian penting tadbir urus korporat dan hendaklah diamalkan secara berterusan demi mencapai kecemerlangan bagi menentukan perlindungan yang berkesan dan sistematik dalam keseluruhan operasi LPPSA.

LPPSA beroperasi di dalam persekitaran perniagaan yang berdaya saing dan terdedah kepada pelbagai risiko termasuk risiko kewangan, operasi dan strategik. Justeru, Jabatan Pengurusan Risiko dan Pematuhan (RMCD) secara proaktif, memantau dan menguruskan risiko – risiko ini bersama kesemua jabatan dan bahagian di LPPSA.

Satu pendekatan berstruktur, bersepadu dan lebih proaktif bagi menguruskan risiko – risiko utama perniagaan digunakan di LPPSA dan selaras dengan rangka kerja pengurusan risiko dan amalan – amalan terbaik. Ianya sejajar dengan ISO31000 yang melibatkan pengenalpastian dan analisis bersistematik yang memberi kesan ke atas objektif perniagaan LPPSA.
Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Laporan Tahunan LPPSA.